iklan

Jumaat, 4 Mac 2011

BELI EMAS MEMANG TAK RUGI

Saya berjinak jinak membeli emas fizikal sejak bulan 9/2009. Masa itu syarat dilantik menjadi dealer mesti membeli sebanyak RM45k. Di sini disertakan sebahagian resit belian. Lihatlah harga dinar hanya RM502 dan 100gm bar999.9 hanya RM12,021.00 sahaja. Sila tuan bandingkan harga jualan(sell)semasa sekarang di jadual di bawah...hanya setahun lebih sahaja nilai 1 dinar sekarang sekitar RM664 dan 100gm mencecah sekitar RM15908.00 .Ini bermakna anda memperolehi keuntungan nilai l/k RM4000.00 untuk jangkamasa 1 tahun 5bulan. Mungkin ada yang kata tak banyak..kalau nak banyak, belilah RM 120k dan kenaikan tahunan RM40k barulah nampak ok. Kenaikan ini bertambah lagi setiap tahun secara berganda. mengikut rekod pada tahun 2002 harga emas hanya sekitar RM40.00/gm sahaja dan kini RM160/gm kenaikan 300% untuk 9 tahun.Ini adalah jelas purata kenaikan melebihi 30% setahun. Bagaimanapun simpan emas untuk jangkapanjang. Jangan beli hari ini bulan depan dah nak jual macam main saham. Kalau kita bandingkan nilai rumah katakan dibeli dengan harga RM 120k dan lepas setahun bolehkah harganya melambung RM160k?. Mungkin boleh untuk tahun pertama sahaja. Adakah harganya meningkat 300% drp.RM120k menjadi RM360k dalam 10tahun?. rasanya 1 dalam 1000. Tetapi emas terbukti boleh...Lihat youtube Dato Salleh Majid mantan Presiden Bursa Saham bercakap mengenai emas. Bukan saya mereka-reka simpan emas ni untung tetapi orang yang pakar soal saham pun kata untung. Begitu juga ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad berkata “Kuasa Ringgit bukan nilai sebenar “rujuk http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1999/1999-01-18.php" (para11-13)" Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan.” . Dan sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

Ada yang kata simpan emas kena zakat...sebenarnya bukan emas sahaja yang kena zakat. Pendapatan drp gaji pun kena zakat. Sila rujuk Majlis Agama. Orang kampung buat bendang pun bayar zakat selepas tuaian padi. Kita patut bersyukur kerana dapat berzakat kerana ianya sebagai saham akhirat yang telah dijamin tidak akan rugi selama-lamanya untuk kita tinggal di sana.


Keuntungan l/kurang 30% dan bayarlah zakat 2.5% sebagai saham akhirat dan ada lagi 27.5% setahun ok sangatlah tu..Simpanan tetap di bank pun hanya 4% setahun. Yang best lagi bila kita kecemasan kewangan bolehlah kita gadai(Arrahnu) untuk mendapatkan tunai segera. Tak perlu kita susahkan kawan-kawan atau gadai tanah/rumah dimana prosesnya berbulan bulan dengan kos pengurusan ribuan ringgit.
Ada yang tanya kenapa perlu beli jongkong/dinar?. Sebabnya kalau beli barang kemas emas harganya lebih tinggi dan jual balik amat rendah disebabkan ada kos melebur, merekabentuk tambahan lagi kalau ada batu kaca/zamrud /berlian dll kerana yang dinilai hanya berat emas. Contohya harga jongkong emas 999.9 RM158/gm tetapi barang kemas 999.9 RM166/gm. Barang kemas pula biasanya tiada no.siri dan surat jaminan ketulinan.

Ada yang kata masalah nak simpan. Kalau beli sikit memang masalah , kalau 1 dinar simpan aje dalam beg duit. jadi belilah banyak senang/berbaloi disimpan di peti simpanan bank. Tawaran AgroBank amat berbaloi hanya RM25 sahaja setahun...

Lagi lambat anda membeli emas...harga emas terus naik..dan naik..Ada kawan-kawan sanggup buat loan dengan bank RM50k dan beli emas. Dia kata lebih untung sebab loan kena hanya 4% tapi kenaikan emas 30% setahun...katanya memang untung...saya taklah syorkan sampai nak berhutang kerana beli emas...Tapi lebih baik tukarkan simpanan ringgit anda atau saham-saham yang untung sikit tu kepada emas fizikal seperti kata Dato Salleh Majid tadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan