iklan

Jumaat, 4 Mac 2011

BELI EMAS MEMANG TAK RUGI

Saya berjinak jinak membeli emas fizikal sejak bulan 9/2009. Masa itu syarat dilantik menjadi dealer mesti membeli sebanyak RM45k. Di sini disertakan sebahagian resit belian. Lihatlah harga dinar hanya RM502 dan 100gm bar999.9 hanya RM12,021.00 sahaja. Sila tuan bandingkan harga jualan(sell)semasa sekarang di jadual di bawah...hanya setahun lebih sahaja nilai 1 dinar sekarang sekitar RM664 dan 100gm mencecah sekitar RM15908.00 .Ini bermakna anda memperolehi keuntungan nilai l/k RM4000.00 untuk jangkamasa 1 tahun 5bulan. Mungkin ada yang kata tak banyak..kalau nak banyak, belilah RM 120k dan kenaikan tahunan RM40k barulah nampak ok. Kenaikan ini bertambah lagi setiap tahun secara berganda. mengikut rekod pada tahun 2002 harga emas hanya sekitar RM40.00/gm sahaja dan kini RM160/gm kenaikan 300% untuk 9 tahun.Ini adalah jelas purata kenaikan melebihi 30% setahun. Bagaimanapun simpan emas untuk jangkapanjang. Jangan beli hari ini bulan depan dah nak jual macam main saham. Kalau kita bandingkan nilai rumah katakan dibeli dengan harga RM 120k dan lepas setahun bolehkah harganya melambung RM160k?. Mungkin boleh untuk tahun pertama sahaja. Adakah harganya meningkat 300% drp.RM120k menjadi RM360k dalam 10tahun?. rasanya 1 dalam 1000. Tetapi emas terbukti boleh...Lihat youtube Dato Salleh Majid mantan Presiden Bursa Saham bercakap mengenai emas. Bukan saya mereka-reka simpan emas ni untung tetapi orang yang pakar soal saham pun kata untung. Begitu juga ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad berkata “Kuasa Ringgit bukan nilai sebenar “rujuk http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1999/1999-01-18.php" (para11-13)" Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan.” . Dan sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.

Ada yang kata simpan emas kena zakat...sebenarnya bukan emas sahaja yang kena zakat. Pendapatan drp gaji pun kena zakat. Sila rujuk Majlis Agama. Orang kampung buat bendang pun bayar zakat selepas tuaian padi. Kita patut bersyukur kerana dapat berzakat kerana ianya sebagai saham akhirat yang telah dijamin tidak akan rugi selama-lamanya untuk kita tinggal di sana.


Keuntungan l/kurang 30% dan bayarlah zakat 2.5% sebagai saham akhirat dan ada lagi 27.5% setahun ok sangatlah tu..Simpanan tetap di bank pun hanya 4% setahun. Yang best lagi bila kita kecemasan kewangan bolehlah kita gadai(Arrahnu) untuk mendapatkan tunai segera. Tak perlu kita susahkan kawan-kawan atau gadai tanah/rumah dimana prosesnya berbulan bulan dengan kos pengurusan ribuan ringgit.
Ada yang tanya kenapa perlu beli jongkong/dinar?. Sebabnya kalau beli barang kemas emas harganya lebih tinggi dan jual balik amat rendah disebabkan ada kos melebur, merekabentuk tambahan lagi kalau ada batu kaca/zamrud /berlian dll kerana yang dinilai hanya berat emas. Contohya harga jongkong emas 999.9 RM158/gm tetapi barang kemas 999.9 RM166/gm. Barang kemas pula biasanya tiada no.siri dan surat jaminan ketulinan.

Ada yang kata masalah nak simpan. Kalau beli sikit memang masalah , kalau 1 dinar simpan aje dalam beg duit. jadi belilah banyak senang/berbaloi disimpan di peti simpanan bank. Tawaran AgroBank amat berbaloi hanya RM25 sahaja setahun...

Lagi lambat anda membeli emas...harga emas terus naik..dan naik..Ada kawan-kawan sanggup buat loan dengan bank RM50k dan beli emas. Dia kata lebih untung sebab loan kena hanya 4% tapi kenaikan emas 30% setahun...katanya memang untung...saya taklah syorkan sampai nak berhutang kerana beli emas...Tapi lebih baik tukarkan simpanan ringgit anda atau saham-saham yang untung sikit tu kepada emas fizikal seperti kata Dato Salleh Majid tadi..

Khamis, 3 Mac 2011

BULAN JAN & FEB MUSIM MEMBELI , BULAN DISEMBER NANTI BOLEHLAH KITA JUAL.

Menurut satu kajian, naik turun harga emas antarabangsa telah membentuk corak pergerakan harga yang tersendiri. Harga emas akan mengalami pusingan harga terendah (bottoming cycle) pada setiap 12.5 bulan. Harga emas akan jatuh pada paras terendah pada setiap pertengahan Januari dan awal Februari. Pelabur-pelabur atau bakal pelabur emas boleh mengambil peluang sebelum harga emas terus meningkat dan dijual pada bulan DISEMBER nanti bagi menuai hasil keuntungan!!!!sebagai pelaburan jangka pendek....Ye..lah emas ada turun & naik. Tapi untuk jangka panjang memang suatau pelaburan menguntungkan. Anda boleh kaji sendiri graf emas spt di bawah. Graf ini hanya bermula tahun 2003 sebab sebelum tahun itu harga emas tak banyak perubahan. Masa itu lombong emas masih banyak diteroka..dan kini semakin dalam..banyak mati tertimbus dengan kos pengurusan semakin mahal..emas semakin kurang..dan sememangnya emas semakin mahal..

Ada rakan bloger kata emas akan terus naik disebabkan perkara berikut:
1.Keadaan geopolitik dan pergolakan di timur tengah dan utara Afrika;
2.Kejatuhan saham Jepun;
3.Gempa bumi di Christchurh pada Selasa minggu lalu yang telah memberi kesan kepada nilai "KIWI DOLAR" merosot;
4.Tunjuk perasaan menentang golongan orang berada di ATHEN, menyebabkan senario bandar tersebut bertukar menjadi tidak stabil;
5.Krisis di Libya yang menyebabkan harga minyak melambung;
6.Bank-bank pusat yang selama ini menjual EMAS, kini telah membeli EMAS sebagai rizab penyandang matawang;
7.Kerajaan, institusi pelaburan dan individu dari seluruh negara sedang berlumba-lumba membeli EMAS;
8.Pelabur-pelabur dari Negara China, Rusia, India, Arab dan Negara Asia telah memilih jongkong dan dinar emas sebagai pelaburan mereka. Tren ini akan terus meningkat di tahun-tahun akan datang;
9.Penawaran emas, tidak sama dengan teori ekonomi di mana: Permintaan bertambah, pengeluaran/penawaran akan meningkat! kerana pengeluaran EMAS adalah terhad. EMAS adalah barangan yang tidak boleh dihasil dan DICIPTA oleh manusia!!!
Faktor-faktor di atas telah memberi kesan besar terhadap permintaan emas dunia, sama ada oleh kerajaan, pelabur-pelabur dan individu. Mereka telah berlumba-lumba membeli emas sebagai langkah untuk menghadapi ancaman INFLASI.....Hanya satu kajian..Jadi fikir sendirilah nak percaya atau tidak. Yang penting kalau ada duit terus beli emas sebagai simpanan nilai jangkapanjang. Jangan tunggu lagi....InsyaAllah untungggg..

Rabu, 2 Mac 2011

Selasa, 1 Mac 2011

MAHER ZAIN PROMOSI DINAR EMAS NEGERI PERAK

Hebat..Tun Mahathir sarankan rakyat Malaysia beli emas..kemudian Nik Aziz pulak suruh beli,simpan dan dagangkan emas..la ni Menteri Besar Perak lancarkan dinar emas dan dirham Negeri Perak. Orang-orang hebat ni bukan cakap kosong. Nak buat dinar dan dirham dengan modal jutaan ringgit. Ni bukan pelaburan pak man telo, buat projek lintah atau projek serai wangi..Tun Mahathir pun tak pernah sembang projek merapu macam tu..Depa dah cakap kita ikut ajelah.... Yang penting kita dapat emas fizikal bukan emas atas kertas....Dulu... bila sebut emas...kita orang lelaki boleh tolong tengok dan beli saja.Lepastu serah pada isteri. Sekarang ni semua boleh pakat beli...lelaki ke perempuan ke tak kisah..Sekarang ni promosi emas tak perlu perempuan...lelaki pun ok macam gambar sebelah(Mahir Zain). Nampaknya bertambah hebat lagilah promosi emas dikalangan masyarakat Malaysia. Siapa lambat beli memang dia rugi...emas semakin naik ..para pelombong semakin takut untuk melombong disebabkan terlalu dalam...ingat baru-baru ni ramai mati tertimbus semasa melombong. Emas semakin sedikit tapi permintaannya amat tinggi..Tambahan pula kini semua alat elektronik semakin kecil yang memerlukan emas sebagai salah satu bahan yang paling efektif.
Harga Emas dinar atau jongkong sebenarnya lebih murah harganya berbanding barang kemas walaupun sama berat dan sama kualitinya. Contohnya dinar emas 916 untuk 1gm hanya RM150/gm tetapi emas 916 di kedai emas adalah RM157/gm. Kalau kita beli 100gm. banyak juga bezanya. Harga emas mengikut harga emas dunia(Kitko) jadi tak timbul masalah tertipu dengan harga emas. Semua emas yang kami jual disertakan surat jaminan pengilang/pengeluar yang setakat ini tidak pernah emas yang dibeli bukan 999.9(24k) / 917 atau 916(22k).
Kenapa digalakan beli dinar emas atau jongkong ni? Sebab...harga barang kemas lebih mahal..ada dikenakan kos reka bentuk (masa beli kena dan nak jual balik lagi banyak kena dengan alasan kena lebur semula dan ubah design baharu).Kalau ada batu permata,zamrud atau sewaktu dengannya lagi murah kerana yang dinilai hanyalah berat emas sahaja...ADA FAHAM..
Jadi fikirlah sendiri...nak order dinar atau jongkong emas kat kami..sebab tidak dijual di kedai emas sekitar Kangar ni yang jual jongkong atau dinar emas melainkan melalui ejen seperti kami..