iklan

Sabtu, 26 September 2009

Menjual / membeli jongkong emas & syiling dinar.

























Dinar dan Dirham
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
Ada Hadis menyatakan demikian..tak kan tak percaya...akan sampai suatu masa nilai saham , wang jatuh, dan emas akan melambung naik...hanya emas yang bernilai...fikirlah sendiri...


klik untuk pembesaran "image"

CONTOH URUSNIAGA SAYA BERMULA 29/9/2009 HINGGA 16/11/2009 (1.5bulan)

resit belian pada 29/9/2009

TERBUKTI DALAM MASA 1.5 BULAN KENAIKAN HARGA EMAS SEBANYAK 14%. UNTUK TEMPOH SEPT-NOV 2009.

Jongkong emas /syiling dinar PFGI
1. Public Fine Gold International Sdn.Bhd.818840-U(anak syarikat PUBLIC FINE GOLD INTERNATIONAL BERHAD) adalah pengeluar jongkong emas (bullion) pertama di Malaysia dan diiktiraf dalam “Malaysia Book Of Records.” .
2. Setiap pembelian disertakan kad no.siri (bar) sijil ketulinan emas.
3. Syarikat menerima balik emas yang tercalar tidak spt. drp.sykt produk lain.


Emas PFGI vs barang kemas & kelebihannya.
Jongkong/syiling emas lebih baik drp. barang kemas kerana perbezaan yang kecil di antara harga belian dan jualan hanya (5-6%) berbanding barang kemas sehingga 30-40%(upah rekabentuk/susutnilai).
- Anda beli anda miliki emas. Anda boleh simpan sendiri atau kalau banyak sewalah peti keselamatan bank. Jika anda perlukan wang segera boleh digadai(Arrahnu) atau jual balik kepada syarikat atau Agen Syarikat. Tidak seperti aset lain susah digadai atau jual semula. Anda tak perlu risau sebagaimana pelaburan dalam syarikat /saham yang adakalanya syarikat tersebut ditutup/bankrup dan kita menanggung rugi yang besar.
-Ramai orang tahu harga emas sentiasa naik..10 tahun dulu harganya RM30k/kg tapi sekarang lebih RM 120k/kg.10 tahun akan datang???.kiralah sendiri. Jika anda beli100gm bernilai RM12500, kenaikan nilai emas 20% maka keuntunganya adalah RM2500. bayarlah zakat 2.5%.(l/k RM300) Nilai emas anda bertambah kepada RM 14700. ok la.lebih baik dari ASB.. Tapi sekiranya anda menyimpan wang RM10(10 tahun dulu boleh membeli 20 kilo beras) kini wang RM 10 hanya boleh membeli 5 kilo sahaja. Nilai RM terus berkurang.
-Emas pelaburan jangka panjang tetapi mudah ditunai, tidak spt aset lain yang amat sukar dijual semula. Kalau rumah kena pelbagai cukai jual /beli ,cukai tanah,cukai pintu,cukai sampah, kena banjir, repair itu/ini dan bila tamat pajakan dah tiada nilai..rumah pun uzur ,atau masalah faraid berebut harta dsb.nya. Begitu juga tanah kalau tak kena tempat rugi teramat serta susah nak jual balik. Emas lagi lama lagi baik…bertambah nilai…faraid?..senang diagihkan.
8. Jual beli emas merujuk harga emas dunia yang dikeluarkan oleh pihak syarikat. Website
http://www.publicgold.com.my/ atau http://www.publicdinar.com/.


Kuasa Ringgit bukan nilai sebenar merujuk ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad http://www.mahathir.com/malaysia/speeches/1999/1999-01-18.php
11. "Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan."

Prestasi Kijang Emas Bank Negara Malaysia :http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Apa kata Dato’ Salleh Majid berkenaan Pelaburan Emas 11/10/2009
MINGGU ini saya bercerita sedikit tentang emas sebagai pelaburan. Sebenarnya emas sudah menjadi bahan pelaburan sejak harganya mula-mula diselaraskan pada tahun 1717 oleh Sir Isaac Newton.Pada tahun 1971, emas tidak lagi terikat dengan Dolar Amerika dan diperdagangkan secara bebas. Pada 6 Oktober 2009 baru-baru ini, harga emas di pasaran emas dunia melonjak sebanyak AS$24.60 kepada AS$1,041.80 seauns sehari.
Enam bulan dulu harga terendah emas ialah AS$868.70 dan setahun dulu harganya ialah AS$709.50 seauns. Dalam masa setahun harga emas naik sebanyak 46.8 peratus. Lima tahun dulu harga terendahnya ialah AS$412.10 iaitu kenaikan sebanyak 152.8 peratus. Secara purata seseorang yang melabur jangka panjang mendapat pulangan purata dalam masa lima tahun sebanyak 30.5 peratus. Rasanya pelaburan di pasaran saham sendiri tidak boleh memperolehi keuntungan sebanyak itu.
Tidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas.
Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini.
Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama

Pertama penyusutan nilai dolar Amerika.
Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.

Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi.
Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan.
Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di Malaysia belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita.
Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.

DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm&arc=hive