iklan

Isnin, 8 Ogos 2011

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm
SEOUL 2 Ogos – Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.
Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).
Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.
Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia – dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
”Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,” kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. – Reuters

Pandangan saya....China, India, German dan  Korea telah mula membeli emas dunia dengan banyak. Pakar ekonomi mereka amat yakin emas sebagai pelindung kekayaan sebenar.  .Dagangan emas adalah pasaran diserata dunia dan ianya amat sukar dimunipulasi seperti pasaran saham..kita ambil contoh saham syarikat  XXX yang operasinya hanya di Malaysia..Para Pengarah dan pemegang saham utama boleh menipu kita sebagai pelabur kecilan dengan pelbagai cara. Pelabur utama mampu memain peranan dengan beli & jual untuk mendapat keuntungan lumayan ...yang tertipu pelabur kecil. Tetapi emas tidak sedemikian. Contohnya U.S walaupun dalam kemelesetan ekonomi , hutang terlalu banyak dan manakala simpanan emasnya banyak, tidak melakukan jualan emas. Walaupun US menjual emas , banyak negara lain sedia membelinya menyebabkan emas terus naik bukannya semakin turun....Kalaupun turun yang rugi banyak adalah negara-negara dunia tersebut. Pakar ekonomi mereka tentunya telah berfikiran jauh sebelum membeli emas hingga berbillion tuuu...Jadi Anda bagai mana?..Hujung tahun 2009 saya beli 1 dinar hanya RM494 dan kini lihatlah sendiri....????

Isnin, 1 Ogos 2011

PRESTASI HARGA EMAS DIUNJUR TERUS MELONJAK...

Prestasi harga emas dijangka terus melonjak walaupun  harganya jatuh 0.7% berikutan pemimpin kongress Amerika menaikan had hutang dan mengurangkan perbelanjaan mereka.
Jadi ..Amerika tambah lagi hutang yang adapun tak mampu nak bayar.....tentunya hanya penyelesaian jangka pendek sahaja...

KEMBALILAH KEPADA SIMPANAN EMAS...



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.  

EKONOMI US AKAN MERUDUM?

US akan hadapi tsunami kewangan yang teruk jika tiada persetujuan untuk menaikkan paras hutang ( debt ceiling ) dari Republican & Democrat sebelum 2 ogos 2011.  Perbendaharaan Amerika tidak lagi boleh mengeluarkan sebarang pinjaman kepada kerajaan jika had 14.3 trillion ini tidak dinaikkan. Debt US akan berdepan kemungkinan besar akan default atau tidak lagi berupaya untuk membayar semula pinjaman. Kejadian ini telah melanda Greece & beberapa negara Eropah lain.

 US akan hadapi tsunami kewangan yang teruk jika tiada persetujuan untuk menaikkan paras hutang ( debt ceiling ) dari Republican & Democrat sebelum 2 ogos 2011.
 Perbendaharaan Amerika tidak lagi boleh mengeluarkan sebarang pinjaman kepada kerajaan jika had 14.3 trillion ini tidak dinaikkan.
Debt US akan berdepan kemungkinan besar akan default atau tidak lagi berupaya untuk membayar semula pinjaman. Kejadian ini telah melanda Greece & beberapa negara Eropah lain. Credit rating atau penarafan AAA yg ada pada Debt US akan di”downgrade”kan – tarafnya akan diturunkan.
Secara amnya kesan kepada agensi kerajaan Amerika, tiada sumber dana boleh dikeluarkan untuk memastikan semua agensi kerajaan beroperasi seperti biasa. Semua agensi kerajaan boleh ditutup setelah fund sedia ada mungkin boleh kehabisan dalam seminggu 2 sahaja.
Seperti biasa keadaan individu yg berdepan keadaan kemungkinan default, US dijangka akan berdepan dengan high borrowing cost atau kos pengeluaran pinjaman yang lebih tinggi. Kos untuk membayar Debt semasa juga akan lebih tinggi.Seterusnya beban akan disalurkan terus kepada Individu & entiti perniagaan. Kadar faedah / Interest semua pinjaman akan dinaikkan setinggi yang difikirkan sesuai oleh bank untuk menyerap high borrowing cost semasa. Ini merepakan suatu kebimbangan yang perlu diambil berat oleh rakyat US pada ketika ini.
Kesan kepada rakyat Amerika secara am memang telah dijangka, malah secara global juga kesannya akan berhubung terus dengan debt US , US Treasury , US Dollar yang menjadi dominan di dalam sistem kewangan dunia hari ini.
Sistem kewangan dunia tidak akan collapse, cuma akan berlaku huru hara. Namun tidak sedahsyat semua matawang dunia langsung tidak akan bernilai lagi selepas ini.
itu kalau default… bagaimana pula kalau tak default iaitu jika US naikkan debt ceiling, apa akan jadi?
Seperti apa yg berlaku di Greece, skrip sama pelakon berbeza, apabila Greece mula default, pelabur tidak lagi berkenan dengan bond yang di issue Greece. Bond kerajaan yang sangat diperlukan oleh setiap negara yang ” tidak bijak mentadbir perbelanjaan ” tidak lagi laku, akhirnya penarafan Greece diletakkan seperti sampah, Greece terpaksa melutut dengan IMF untuk mendapatkan berbilion bagi tujuan membayar hutang / interest bond kepada pelabur & memastikan dana yang cukup untuk meneruskan operasi kerajaan.
Namun keadaan Greece sedikit berbeza kerana Greece menggunakan matawang Euro, domino effect kepada negara Eropah lain sudah terbukti. Untuk mengelakkan petaka lebih besar negara Eropah lain dibawah bumbung EU mahu tidak mahu terpaksa meluluskan satu demi satu bail out utk Greece, mengapa? kerana negara besar Eropah seperti Germany, France & negara besar yang lain inilah pelabur terbesar untuk bond/debt Greece sebelum ini. Langkah yg perlu – bukan kesian dgn warganegara Greece tapi kesian dengan principal mereka di dalam invetment mereka sendiri..:) & kesan kepada matawang Euro – yang juga digunapakai oleh semua negara Eropah kini.

Sistem kewangan dunia sudah mula menjauhkan diri dengan USD / US debt / Treasury & segala yang dikeluarkan kerajaan US , China merupakan pelabur terbesar kepada semua instrument kewangan dari US ini sudah sebulan tidak terbabit dengan auction debt US.
Ada kemungkinan exchange USD/MYR akan mengukuh sehingga rm2.5 – possible.
US Dollar akan terus depreciates, pelabur money market akan menjual pegangan terhadap USD, kebanyakan central bank Asia yang selama ini menjadikan USD sebagai antara pilihan, akan menjual sedikit demi sedikit kerana status ini. Matawang lain seperti Redback, Singapore dollar, Canada, Australia atau New Zealand akan menjadi pilihan utama pelabur money market. Apa pula kesan kepada GOLD/Silver???
Sebagai Last resort seperti biasa jika ada malapetaka ekonomi / apa2 jua sentiment yang menggegar dunia pelabur yg panic akan decide untuk tidak lagi meletakkan pelaburan mereka kepada pilihan lain yang berisiko, maka Gold / Silver akan menjadi tumpuan pelabur secara mengejut.
kenaikan Gold / Silver secara besar-besaran akan sangat diharapkan pelabur di Malaysia, jika kenaikan biasa (spt 20usd sebulan) – semua pelabur akan melihat portfolio emas mereka tidak banyak beza kerana walaupun ada kenaikan gold/silver tetapi dek kerana tukaran USD/MYR semakin mengukuh kenaikan sebenar tidak dapat dilihat, selari kenaikan komoditi..:)
Impak kepada kerajaan Malaysia? Malaysia tidak pernah menyorokkan pelaburan di dalam USD / bond & sebagainya, tapi Zeti sebagai peneraju BNM pasti sudah bersedia dengan keadaan ini, jangan risau jika kita rugi berbiliion sekalipun dari petaka yg di cipta US ini ,kita sudah selalu bail out hutang sendiri -write off sahaja – beratus juta atau berbillion bukan isunya …:)
cuma ada satu sahaja yang mungkin boleh merunsingkan rakyat Malaysia terutama kepada yang bergantung dengan Bank dari US atau dari bank yg berhubungkait dengan negara lain yang bergantung dgn US.
kemungkinan apa yang terjadi pada 2 Ogos 2011.
 us tenat
Jika dilihat gambar diatas, telah menunjukkan segala-galanya. Dimana US kini sedang tenat terlantar di hospital. :) agak lucu tapi inilah hakikatnya. Mereka kini sedang tenat dalam menyelesaikan masalah hutang mereka yang terlalu banyak sehingga usd 14.3 trillion, suatu angka yang agak besar dan mungkin mereka tidak dapat membayarnya.
Dalam seminggu ini macam-macam boleh berlaku. Terdapat  2 kemungkinan, semuanya bergantung pada geng obama VS geng republikan, yang satu mahu naikkan tax untuk curb deficit, yang satu lagi tidak mahu naikkan tax tapi mahu cut government spending bersama2 dengan naikkan kadar hutang jangka pendek. Jika tax dinaikkan, maka saya berpendapat harga emas akan naik dengan tinggi.
 Bergantung kepada keputusan 2 ogos ini
Harga emas boleh mencecah melebihi 1700usd/oz jika senat US gagal capai kata sepakat mengenai hutang US.
Jika mereka cut government spending bersama2 dengan naikkan kadar hutang negara US yg 14.3 trillion tu pun, harga emas akan naik (maknanya Fed akan sambung QE3), cuma harga emas akan jatuh sekejap disebabkan kekukuhan matawang dolar USD (kejap je tu)..(ini masa terbaik utk beli emas, jika dijangka harga emas jatuh jap)
Ada 1 lagi kemungkinan, jika semua pendekatan gagal, persetujuan bagi kedua2 polisi di atas tidak dapat diperoleh, maka US besar kemungkinan akan jatuh ke tahap debt default, yg akan menyebabkan ekonomi US lumpuh, seterusnya ekonomi dunia merudum teruk. Harga emas dalam duit fiat akan jatuh (tidak bermakna nilai emas jatuh), silver 2,3 kali ganda lebih teruk akan merudum, palladium, platinum dan lain2 metal akan ikut jatuh berkali ganda (jika anda tidak percaya sila check graf metal tahun 2008, semua metal jatuh termasuk emas) cuma, jika ini terjadi, nasihat saya jangan panik, jangan jual emas anda, tunggu tahap minimum harga emas, kalau boleh borong banyak2 (perlu sedia cash money). itu pun jika ade kedai yang sanggup jual emas fizikal mereka dalam keadaan seperti ini. Harga emas akan naik balik setelah berlakunya pemulihan semula ekonomi dunia dalam kes ini, jika USD diisytiharkan useless, saya berpendapat renminbi (Redback) akan ambilalih international exchange. (Duit China)
Sama2 kita standby tengok keputusannya. Perkara sebegini amat penting bagi yang faham kaitannya dengan kehidupan kita.
Untuk pengetahuan anda semua, saya difahamkan beberapa bank di US telah ditutup operasinya, lampu2 jalan di sesetengah kawasan di US telah di shut down powernya dan banyak lagi langkah2 yang tidak logik yang telah diambil oleh kerajaan US. cuma kita di Malaysia masih lalai dan tidak menyedari bahawa bukan sahaja Malaysia yang terdedah kepada kemelesetan ekonomi, tetapi seluruh dunia sedang merasainya..
Sama-samalah kita berdoa agar  sebarang kemungkinan terjadi pada 2 Ogos 2011 kepada kita semua terutama di Malaysia tidak ditimpa kesan yang teruk daripada masalah kewangan oleh US ini. Selamat menjalani ibadah puasa. :)
petikan : Ributemas