iklan

Isnin, 8 Ogos 2011

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

Korea beli emas AS$1b lindungi ekonomi

sumber:-http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_05.htm
SEOUL 2 Ogos – Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.
Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion).
Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.
Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia – dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
”Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,” kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. – Reuters

Pandangan saya....China, India, German dan  Korea telah mula membeli emas dunia dengan banyak. Pakar ekonomi mereka amat yakin emas sebagai pelindung kekayaan sebenar.  .Dagangan emas adalah pasaran diserata dunia dan ianya amat sukar dimunipulasi seperti pasaran saham..kita ambil contoh saham syarikat  XXX yang operasinya hanya di Malaysia..Para Pengarah dan pemegang saham utama boleh menipu kita sebagai pelabur kecilan dengan pelbagai cara. Pelabur utama mampu memain peranan dengan beli & jual untuk mendapat keuntungan lumayan ...yang tertipu pelabur kecil. Tetapi emas tidak sedemikian. Contohnya U.S walaupun dalam kemelesetan ekonomi , hutang terlalu banyak dan manakala simpanan emasnya banyak, tidak melakukan jualan emas. Walaupun US menjual emas , banyak negara lain sedia membelinya menyebabkan emas terus naik bukannya semakin turun....Kalaupun turun yang rugi banyak adalah negara-negara dunia tersebut. Pakar ekonomi mereka tentunya telah berfikiran jauh sebelum membeli emas hingga berbillion tuuu...Jadi Anda bagai mana?..Hujung tahun 2009 saya beli 1 dinar hanya RM494 dan kini lihatlah sendiri....????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan