iklan

Rabu, 4 Ogos 2010

Kelebihan Emas berbanding perak,permata,berlian dsbnya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca? Saya doakan anda semua sihat, ceria dan bertenaga semuanya . Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi satu fakta yang menarik mengenai emas.Untuk pengetahuan anda, salah satu daripada keistimewaan emas adalah ianya dikaitkan sebagai lambang kejayaan dan kemenangan.Dengan kata lain, manusia memilih emas bagi menunjukkan kejayaan dan pencapaian tertinggi dan terbaik.

Pingat emas sukan Olimpik.
Jika anda mendapat tempat pertama atau pencapaian terbaik, biasanya anda akan dapat pingat atau piala emas.
Tak kiralah emas betul ke atau plastik celup warna emas ke (ala..macam pingat sukan zaman sekolah dulu-dulu)
Orang tetap panggil pingat emas
Piala Dunia 2010 – Piala emas yang hebat.
Kita semua sedia maklum, pertandingan bolasepak Piala Dunia 2010 telah berakhir.
Sepanyol telah menjadi juara dunia dan menjulang Piala Dunia buat kali pertama.
Tahniah untuk Sepanyol.

Kemenangan mereka diserikan dengan menjulang Piala Dunia yang diperbuat daripada emas.
Apa kata kita jengok kejap fakta Piala Dunia yang istimewa ini (klik sini)
Fakta Piala Dunia FIFA.
1. Ia diperbuat daripada emas 18K
2. Beratnya ialah 5 kilogram
3. Ketinggiannya 14.4 inci (36.5 sentimeter).
Pergh!!! memang best.

Cuba bayangkan diri anda menjulang emas seberat 5 kilo. Memang sah anda akan teruja dan rasa sangat luar biasa.
Ini kerana emas mempunyai auranya yang tersendiri.

Emas lambang kejayaan di akhirat.
Selain menjadi simbol kejayaan di dunia, emas juga merupakan simbol kejayaan di akhirat.
Ini kerana, setiap orang yang berjaya masuk ke dalam syurga, maka Allah SWT akan menghadiahkan kepadanya gelang-gelang yang diperbuat daripada emas.
Ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, surah Al-Hajj ayat 23:

Maksud ayat: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)
Jadi, sekiranya anda ingin mendapat hadiah gelang emas daripada Allah SWT, maka anda kena masuk ke dalam syurga dulu lah…
Gelang emas kat dunia memang best. Gelang emas kat akhirat kita tak tahu cammana rupanya. Yang pasti.. ia semestinya lagi best & sangat cantik kerana ia adalah hadiah dari Allah yang Maha Kaya kepada hamba-hambanya yang berjaya.
Jadi, disini kita dapat melihat keistimewaan emas.
Ia merupakan simbolik kejayaan di dunia mahu pun di akhirat.
Jika anda berjaya di dunia – anda akan dapat hadiah pingat atau piala emas
Jika anda berjaya masuk ke syurga – anda mendapat hadiah gelang emas.
Sebab itulah saya sukakan emas. Ia menyebabkan saya rasa kaya dan berjaya
Kesimpulan.
1. Emas sangat istimewa. Ia menjadi pilihan manusia sebagai simbol kejayaan.
2. Orang yang menang dan hebat akan diraikan dengan pingat atau piala emas.
3. Bukan setakat di dunia, emas turut menjadi hadiah kepada penghuni syurga. Wow!
3. Kalau nak simpan emas, disarankan anda menyimpan emas betul, bukan emas
atas kertas tu. Ini kerana aura emas betul jauh lebih hebat dari emas dalam buku.
Pesanan: Shukor Jutawanemas.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan