iklan

Isnin, 16 Mei 2011

AGROBANK TIDAK TERIMA "WAFER" EMAS.

AGROBANK (Kangar) memaklumkan telah menerima arahan ibupejabat yang menyatakan tidak menerima "kepingan/wafer" emas berkuatkuasa sertamerta mulai 15/5/2011. Antara alasan yang diberikan disebabkan had pengeluaran pinjaman terlalu tinggi untuk kepingan emas. Berdasarkan jangkaan awal , seperti dimaklumkan oleh En.Wazir sebelum ini , beliau tidak menggalakan kepingan emas dirahnukan disebabkan kemungkinan pihak Bank akan menghentikan skim berkenaan. Kini Bank telah melakukan sebagaimana yang disebut oleh En.Wazir kepada saya beberapa bulan dulu yang menyatakan ada kemungkinan samada arahan Bank Negara atau masalah terlalu banyak pinjaman skim Arrahnu kepingan Emas. Setakat rantai emas taklah banyak sangat paling tinggipun 2~3K saja. Ataupun statistik dilihat berkurangnya rakyat menabung dalam pelaburan amanah dan banyak telah beralih kepada emas fizikal menyebabkan perlu tindakan menyekat kemudahan munipulasi emas dsbnya..atau...atau ..entahlah..
Emas tetap emas yang nilainya sentiasa naik sejak 10 tahun dulu. Emas tidak turun nilai kepada perak dan sebaliknya. Tun Mahathir dan Pakar Ekonomi Dato Salleh majid telah menyatakan menyimpan emas adalah menyimpan nilai sebenar. Jadi , janganlah bimbang akan nilai emas. Pada bulan Nov.2010 dulupun dah terjadi pada arrahnu di Bank Rakyat...ramai juga yang pening kat mana nak merahnukan emas. ..tetapi emas terus-menerus naik dan naik. Jadi dicadangkan emas-emas tak perlulah dirahnukan tetapi disimpan untuk jangkapanjang untuk mendapatkan keuntungan 25%~35% setahun tanpa perlu membayar kos rahnu. Sekarang kita cuba-cubalah beralih kepada Perak yang mana tahun lepas kenaikan keuntungan hampir 80% setahun. Kalau bimbang simpan di rumah boleh simpan di peti simpanan Bank terdekat (Alor Setar) yang mengenakan kos simpanan setahun yang amat rendah. Baru-baru ni ada rakan memaklumkan AgroBank di Kuala Lumpur hanya mengenakan kos peti simpanan hanya RM50 setahun tapi tak berapa pasti pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan