![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyJU6FuUQdxyMB6NBHTPIC8VcGPbdRQJVTzsu7mUaekd5B0sSB20WFV0FBUXdXERzY8rhZczyxTvxowKaNRhp9U2wST7ozUYS2fcptk-b7v9dLBRSEASCuXNo3B55o2cq2RnkL_SJPCy8/s320/grafemas.png)
Ada rakan bloger kata emas akan terus naik disebabkan perkara berikut:
1.Keadaan geopolitik dan pergolakan di timur tengah dan utara Afrika;
2.Kejatuhan saham Jepun;
3.Gempa bumi di Christchurh pada Selasa minggu lalu yang telah memberi kesan kepada nilai "KIWI DOLAR" merosot;
4.Tunjuk perasaan menentang golongan orang berada di ATHEN, menyebabkan senario bandar tersebut bertukar menjadi tidak stabil;
5.Krisis di Libya yang menyebabkan harga minyak melambung;
6.Bank-bank pusat yang selama ini menjual EMAS, kini telah membeli EMAS sebagai rizab penyandang matawang;
7.Kerajaan, institusi pelaburan dan individu dari seluruh negara sedang berlumba-lumba membeli EMAS;
8.Pelabur-pelabur dari Negara China, Rusia, India, Arab dan Negara Asia telah memilih jongkong dan dinar emas sebagai pelaburan mereka. Tren ini akan terus meningkat di tahun-tahun akan datang;
9.Penawaran emas, tidak sama dengan teori ekonomi di mana: Permintaan bertambah, pengeluaran/penawaran akan meningkat! kerana pengeluaran EMAS adalah terhad. EMAS adalah barangan yang tidak boleh dihasil dan DICIPTA oleh manusia!!!
Faktor-faktor di atas telah memberi kesan besar terhadap permintaan emas dunia, sama ada oleh kerajaan, pelabur-pelabur dan individu. Mereka telah berlumba-lumba membeli emas sebagai langkah untuk menghadapi ancaman INFLASI.....Hanya satu kajian..Jadi fikir sendirilah nak percaya atau tidak. Yang penting kalau ada duit terus beli emas sebagai simpanan nilai jangkapanjang. Jangan tunggu lagi....InsyaAllah untungggg..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan