![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiWkkd-hc5fUcVp-D7oxGnWyvuOqfdFxjf46Pns6Bz8iGO0Zl4L6pKmUk1g0hZHf7pZ6mA4xnaV9BEcU5Yj7GFvMvzXOBMUVVt2_l_p6MGMMKItOw8hXULelYpubNjTfRUsw1fD50KxRas/s320/INVOICE2009.jpg)
Ada yang kata simpan emas kena zakat...sebenarnya bukan emas sahaja yang kena zakat. Pendapatan drp gaji pun kena zakat. Sila rujuk Majlis Agama. Orang kampung buat bendang pun bayar zakat selepas tuaian padi. Kita patut bersyukur kerana dapat berzakat kerana ianya sebagai saham akhirat yang telah dijamin tidak akan rugi selama-lamanya untuk kita tinggal di sana.
Keuntungan l/kurang 30% dan bayarlah zakat 2.5% sebagai saham akhirat dan ada lagi 27.5% setahun ok sangatlah tu..Simpanan tetap di bank pun hanya 4% setahun. Yang best lagi bila kita kecemasan kewangan bolehlah kita gadai(Arrahnu) untuk mendapatkan tunai segera. Tak perlu kita susahkan kawan-kawan atau gadai tanah/rumah dimana prosesnya berbulan bulan dengan kos pengurusan ribuan ringgit.
Ada yang tanya kenapa perlu beli jongkong/dinar?. Sebabnya kalau beli barang kemas emas harganya lebih tinggi dan jual balik amat rendah disebabkan ada kos melebur, merekabentuk tambahan lagi kalau ada batu kaca/zamrud /berlian dll kerana yang dinilai hanya berat emas. Contohya harga jongkong emas 999.9 RM158/gm tetapi barang kemas 999.9 RM166/gm. Barang kemas pula biasanya tiada no.siri dan surat jaminan ketulinan.
Ada yang kata masalah nak simpan. Kalau beli sikit memang masalah , kalau 1 dinar simpan aje dalam beg duit. jadi belilah banyak senang/berbaloi disimpan di peti simpanan bank. Tawaran AgroBank amat berbaloi hanya RM25 sahaja setahun
Lagi lambat anda membeli emas...harga emas terus naik..dan naik..Ada kawan-kawan sanggup buat loan dengan bank RM50k dan beli emas. Dia kata lebih untung sebab loan kena hanya 4% tapi kenaikan emas 30% setahun...katanya memang untung...saya taklah syorkan sampai nak berhutang kerana beli emas...Tapi lebih baik tukarkan simpanan ringgit anda atau saham-saham yang untung sikit tu kepada emas fizikal seperti kata Dato Salleh Majid tadi..