iklan

Jumaat, 2 November 2018

Khamis, 17 Ogos 2017

Jumaat, 10 Januari 2014

Minggu lepas beli 3 keping 100gm Gold bar dengan harga RM13k..Hari ni 11/1/2014 kalau beli drp Public Gold dah naik kepada RM14k.jadi kira dah untung RM1K sekeping...X 3 keping = RM 3k dalam masa 1 minggu..ok kan!!! belli emas..kalau x ada duit bolehlah gadai sat..dan pastikan ada duit nak tebus semula...
http://publicgold.com.my/v1/

Isnin, 17 September 2012

Emas mempunyai nilai tinggi di sisi masyarakat kerana warna kuning nya yang cantik dan sifatnya yang lembut dan mudah dibentuk. Selain itu, emas adalah satu-satunya logam yang dianggap kekayaan terulung disebabkan sifatnya yang tidak boleh dibinasakan. Ia tidak boleh dibakar, reput, busuk dan berkarat. Di sinilah emas dikategorikan sebagai penyimpan kekayaan terulung dunia. Sesuatu yang boleh dibinasakan seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan bukanlah penyimpan yang baik. Wang kertas pula boleh dimanipulasikan oleh kerajaan dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan perkembangan di dalam pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara malang tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%! Tetapi emas, penyimpannya akan kekal kaya selaman-lamanya.
Emas mengekalkan kuasa belinya dalam jangka masa yang panjang. Baiklah, sedikit cerita pada zaman Rasulullah SAW. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Dengan kata lain harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Kini seekor kambing kategori sederhana sekitar RM 700   dan harga emas 1 dinar semasa adalah RM720/ 1 dinar. Bukankah ia adalah harga jualan kambing yang ideal?..setiap masa harga kambing bersamaan 1 dinar emas. Jika dibandingkan harga kambing dengan duit kertas (fiat money) 30 tahun dulu harga seekor kambing cuma RM70/ekor ..kini RM700 / ekor..kiralah sendiri betapa ruginya menyimpan wang kertas/fiat money.
Salah satu daripada sebab kenapa anda perlu memiliki emas ialah dengan melihat kepada tren peningkatan harga emas yang semakin menjadi-jadi sejak 10 tahun kebelakangan ini. Harga emas telah meningkat daripada RM30/gram sekitar tahun 2000 kepada rm180/gram pada tahun ini. Ini merupakan kenaikan yang hebat. Memanglah nampak sikit bayangkan kalau anda beli 1 kilo emas tahun 2000 berharga RM30k dan kini bernilai RM180k. Sekiranya kita membeli rumah RM30k mampukah nilai rumah kini bernilai RM180k. Rumah juga boleh dipengaruhi lokasi dan keperluan pasaran. kalau tersilap beli rumah di kawasan banjir ..maka nak jual tak laku..
Emas adalah komoditi yang didagangkan di pasaran dunia. Harga semasa dan rekod harga emas yang lepas emas boleh dilihat di www.kitco.com dengan pantas.
Emas mudah ditukarkan kepada tunai. Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair jika dibandingkan dengan eset tanah atau rumah yang amat sukar untuk dijual semula. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai di kedai pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa. Untung, bukan?
Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam, pembelian emas dalam negeri dapat membantu aliran mata wang di dalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes. Emas merupakan aset yang mudah diturunkan kepada waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga serta banyak lagi kehebatan melabur dalam emas. Cukup sampai di situ, kita beralih cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Secara am, terdapat dua cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu pelaburan secara emas fizikal dan pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas Pelaburan emas secara fizikal pula dibahagikan kepada tiga iaitu syiling emas, jongkong emas dan barang kemas. Syiling dan jongkong emas adalah pelaburan emas yang baik tetapi bukan barang kemas kerana terdapat kos upah untuk membuat barang kemas tersebut dan apabila ia ingin dijual kembali, ia akan dikenakan susut nilai antara 25% sehingga 40%. Di Malaysia, disenaraikan institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan antaranya:
  • Maybank: syiling Kijang Emas
  • UOB Bank: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Gold Marketing Sdn. Bhd: syiling emas dan jongkong emas
  • Public Dinar: dinar emas
  • Dinar Emas Kelantan: dinar emas Kelantan
  • Kedai emas: Poh Kong, Habib Jewel, Tomei dan banyak lagi.

Bagi pelaburan emas menggunakan buku akaun simpanan emas pula, biasanya ia ditawarkan oleh institusi perbankan. Pelabur akan membeli emas mengikut harga emas semasa dan kuantiti emas yang dibeli akan direkodkan di dalam buku akaun. Ada bank yang menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal dan ada juga yang tidak, antaranya ialah:
  • Kuwait Finance House Malaysia Gold Account-i: satu-satunya pelaburan emas yang patuh Syariah, menawarkan emas fizikal kepada pelabur, serta menawarkan pengeluaran emas fizikal dengan serta-merta setelah membuat pembelian ataupun menyimpan emas tersebut ke Kuwait Finance House.
  • Maybank gold Investment Account (GIA): Pelabur tidak mendapat emas fizikal sewaktu membeli emas MGIA sebaliknya jumlah pembelian emas akan dicatatkan dalam buku. Maybank juga tidak menawarkan kemudahan pengeluaran emas fizikal.
  • Akaun Deposit Emas CIMB Bank: Pelabur tidak mendapat emas fizikal sebaliknya nilai emas yang dibeli akan dicatatkan di dalam buku akaun deposit emas anda. Walau bagaimanapun CIMB menawarkan kemudahan mengeluarkan emas fizikal kepada pelabur akaun deposit emas mereka.
  • Akaun Pelaburan Emas UOB Bank. Terdapat 2 jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan iaitu Akaun Simpanan Emas dan Akaun Emas Premier. Akaun Simpanan Emas ini adalah bagi mereka yang ingin membuat pelaburan kecil manakala Akaun Emas Premier dikhususkan kepada mereka yang mempunyai lebih banyak wang.
  • Al Rajhi Bank Gold-i: Emas yang ditawarkan adalah emas PAMP Suisse. Al Rajhi gold-i cuma ditawarkan kepada pelanggan yang banyak duit (mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 di dalam akaun Al Rajhi) sahaja.

Adakah anda sudah yakin untuk melabur dalam emas? Tunggu dulu, ada beberapa perkara yang perlu diketahui apabila berbicara tentang emas. Pertama ialah spread yakni perbezaan antara harga belian dan jualan (dalam %) atau dalam perkataan yang lebih mudah ialah susut nilai emas. Anda akan untung cepat jika membeli emas yang berharga lebih mahal tetapi mempunyai spread yang kecil berbanding daripada membeli emas pada harga yang murah tetapi mempunyai spread yang lebih besar. Kedua ialah ketulenan emas. Kebanyakan emas pelaburan di Malaysia mempunyai ketulenan 999.9. Ini kerana emas 999.9 adalah emas yang tulen mutunya. Bagi barang kemas pula, gred emas yang biasa digunakan ialah emas 916 kerana ia keras dan tahan lasak.
Ketiga ialah kesediaan stok. Selalunya, produk pelaburan emas yang baik berhadapan dengan masalah stok terutamanya apabila masa harga emas jatuh. Contohnya, Kijang Emas 1 Oz dan syiling emas UOB bank 1 Oz. Ini kerana syiling-syiling emas ini digemari berikutan spread nya yang rendah. Seterusnya, ada faktor-faktor lain yang perlu dititikberatkan. Contohnya, ada bank yang tidak membenarkan plastik salut emas dibuka atau emas tidak boleh calar atau sumbing. Ini boleh menimbulkan masalah kepada anda yang berazam untuk menjadi pelabur emas agresif. Bagi pembeli emas keluaran Public Gold, mereka lebih selamat kerana plastik cover jongkong emas tersebut boleh dibuka. Public Gold akan menerima balik emas mereka walau calar, bengkok, resit pembelian hilang atau sijil emas tersebut hilang. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas sendiri dan mereka boleh melebur dan membuat semula emas tersebut.
Sekarang, anda pasti runsing, yang mana satu kah pelaburan paling baik? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Pakar-pakar emas menyarankan orang ramai supaya membeli emas fizikal kerana pertama, ia boleh digadaikan sekiranya anda memerlukan wang kecemasan. Tetapi jika anda menyimpan di akaun simpanan emas, anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian (terutama apabila anda terdesak untuk mendapatkan tunai untuk tujuan kecemasan). Kedua, emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan. Ketiga, jika anda ingin menggunakan teknik manipulasi Ar-Rahnu, anda memerlukan emas fizikal.
Walau apa sekalipun, yang paling penting ialah untuk terjebak dalam skim pelaburan emas! Sejak akhir-akhir ini, banyak syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas, ada yang menawarkan pulangan setiap bulan sehingga 2% – 3% setiap bulan, harga emas mereka adalah jauh lebih tinggi daripada harga emas semasa dan moto penjualan mereka ialah duduk diam-diam pun boleh dapat duit. Sekiranya anda terjumpa dengan syarikat yang menawarkan pulangan lumayan, minta nombor pendaftaran syarikat tersebut terlebih dahulu. Sekiranya business plan adalah anda perlu cari pelabur lain untuk dapat komisen, itu sudah cukup untuk membuktikan yang ia adalah skim pelaburan emas sampah!
Yang terakhir ialah zakat emas.
Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
(At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu zakat emas yang disimpan dan emas yang dipakai dan zakat emas yang dipakai. Untuk zakat emas yang disimpan, sekiranya emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram dan tidak pernah dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%. Untuk zakat emas yang dipakai, ia tidak diwajibkan zakat tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja tidak termasuk batu permata.
Selamat melabur emas!

Selasa, 29 Mei 2012

ALAT PENIMBANG EMAS DIGITAL (pocket)
Kini peminat jongkong emas dan dinar emas tidak perlu risau untuk menjual/ membeli barang kemas seperti i-series kerana bagi menentukan berat timbangan menggunakan Penimbang Emas Digital ini. Barang kemas telah menjadi barang pilihan utama kerana pihak AgroBank telah tidak menerima jongkong dan dinar. Selama ini penjual / pembeli tidak risau apabila membeli jongkong atau dinar kerana setiap barangan disertakan sijil pengesahan berat contohnya 1 dinar telah tercatat jelas 4.25gm. Bagaimana bagi menentukan berat i-siries?..yang hanya dibungkus dengan plastik pasar malam, Betul ke beratnya 5 gm atau 10 gm...lebih kurang sama aje beratnya walaupun ketulinannya samada 9.999 atau 916 dinyatakan. Jadi samada anda sebagai penjual atau pembeli memerlukan alat penimbang ini. Alat ini mampu mengukur berat hingga 300gm dengan 2 titik perpuluhan.
Di Kangar bersebelahan Bank Muamalat ada sebuah kedai menjual alat penimbang/basikal ada menjual alat penimbang emas seperti ini yang telah saya beli dengan harga RM 250 seunit... Kini anda tidak perlu membayar dengan harga tersebut kerana saya ingin menjual penimbang emas ini dengan harga RM 60.00 sahaja dilengkapi 2 unit bateri AAA. Stok yang saya ada hanya berbaki 5 unit sahaja . Oleh itu siapa cepat dia dapat untuk mereka yang berada di sekitar Perlis sahaja kerana pembelian secara Cash On Delivery (COD). Hubungi saya 012-4771544.

Jumaat, 18 Mei 2012

Kenapa Harga Emas Jatuh?

Saya tidak tahu. Apa yang saya tahu, setiap yang naik pasti jatuh. Ada yang kata baguslah , inilah peluang terbaik tambah stok merempit beli emas lagi..Bila harga tinggi nanti bolehlah jual...ni dok asyik beli emas harga semasa sahaja...Tapi ada juga yang pening macamana nak jual balik dengan harga rendah ni...Jadi harga emas jatuh ini telah menjadi perbualan ramai pihak. Bernama pun rajin tweet harga emas. Ho ho ho. Saya cuma nak berkongsi newsletter Robert T Kiyosaki ini kepada kalian semua Selamat membaca!

Conspiracy of the Rich; The 8 New Rules of Money
by Robert Kiyosaki
Online Exclusive Update – #117
May 17, 2012

WHY ARE GOLD AND SILVER FALLING?
While in Africa last week, I was asked, “Why are the prices of gold and silver falling?”
My answer was, “Because more people are selling than buying.”
Years ago, my rich dad said, “Most investors want to know the underlying reasons why prices are going up or going down. So they look in the newspapers or call a friend, and find a reason that makes them happy.”
Returning from Africa, I went looking for answers that made me happy. There was an article in the Wall Street Journal about the people of India not buying gold and that was the reason for the price of gold coming down. In another article, I read about the European crisis, more specifically the demise of Greece, as the reason for the prices of gold, silver, and oil coming down. Less people are buying and more people are selling.
Most people chase the ups and downs of the markets, investing for capital gains. In real estate, they are called “flippers” and in the stock market they are called “traders.” The most important question to ask is, “Why buy?” This question makes the most sense to me.
I have been buying gold since 1972. I began while flying in Vietnam. I am still a buyer of gold and silver, but not at the current prices. I am happy when prices come down because low prices give me a reason to buy. The same is true in real estate. When real estate prices were going up, idiots were buying and flipping houses they, themselves, could not afford to live in. When the market crashed, millions were crushed. Now is the time to buy, but it hard for most to buy when they are sitting on existing bad home-owner debt.
Most of you following my COR blogs know I buy gold, silver, and oil simply because I do not trust our government or corporate leaders. If I trusted the President, Congress, the Fed, or big banks, I would be holding dollars; but I don’t. With everyone printing money, savers of money are the biggest losers.
This is my reason for buying gold, silver, and oil when the price is right. What is your reason? Don’t buy or sell anything simply because you are following the herd. Do your own research, find your own reason, and do what is best for you. Everyone else is. That is why so many people are selling gold, silver, and oil, and why prices are coming down. They are simply doing what they think is best for them.
If the herd panics and begins selling in mass, I will once again begin buying, even more gold, silver, and oil.
Thank you for supporting COR.
Robert Kiyosaki

Ahad, 22 Januari 2012

7 sebab mengapa emas akan terus meningkat dimasa depan…


              EMAS…Aset ini sering digembar-gemburkan sebagai agen pelaburan terbaik... tetapi ramai yang tidak tahu kenapa. Carta harga hanya memberitahu sebahagian kecil kisah sebenar mengenai emas.
Permintaan kepada emas meningkat setiap tahun...
Dan ianya tidak akan berhenti.
Kegunaan emas kebanyakannya hanya diketahui dalam 4 dekad kebelakangan ini. Setiap kali kegunaan baru ditemui, permintaan emas akan meningkat, dan harga emas juga akan dinaikkan. Buktinya, setiap tahun, sejak 1988, permintaan emas lebih banyak daripada emas yang baru dilombong sejak 1988.
Top of Form
Bottom of Form
Emas digunakan bukan sahaja sebagai pelaburan tetapi untuk kegunaan penting lain!
Tahukah anda bahawa emas merupakan konduktor elektrik yang amat baik? Amat baik sehinggakan ianya menjadi pilihan pertama untuk syarikat untuk membawa tenaga elektrik kecil dan tidak berkarat (tembaga, walaupun baik, akan berkarat).
Sejumlah emas yang kecil digunakan dalam setiap alat elektronik yang sofistikated. Termasuklah telefon bimbit anda, kalkulator, Personal Digital Assistant (PDA), Global Positioning System (GPS), dan pelbagai alat elektrik yang kecil lain.
Dengan kata lain...
Lebih banyak teknologi ditemui, lebih
banyak kegunaan emas!
 
 
Cuba lihat di sebelah kanan sekali. Perubahan permintaan berlaku antara tahun 2009 dan 2010 adalah sebanyak 43%.
Lebih banyak kegunaan emas, lagi banyak orang beli emas. Dan apa akan jadi? Harga emas akan naik gila-gila lagi. Dan ini HANYALAH salah satu sebab pertama mengapa anda perlu beli emas hari ini juga (sebelum harga secara tiba-tiba naik). Di bawah, anda akan melihat 7 lagi sebab mengapa anda perlu beli emas sekarang juga.
Emas akan mencapai tahap baru dalam harganya, mencecah sehingga $1,600 setiap ounce. Perak akan melonjak daripada harganya sekarang iaitu bawah $30 setiap ounce kepada $35. Dan minyak akan melepasi tahap kekangan, mencapai $100 setiap tong sekali lagi.
- Richard Band
Editor, Profitable Investing
Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT
KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.
7 KUASA BESAR akan menolak emas
sehingga mencapai harga $1,900
Kita biasa mendengar inflasi meningkatkan harga emas. Apabila inflasi meningkat, pelabur akan terburu-buru membeli emas. Tapi di negara kita inflasi berada pada kadar 2.0% sejak Oktober 2010. Tetapi emas tetap meningkat. Kenapa?
Sejak berada pada tahap terendah pada 2001, harga emas telah meningkat hampir 300% dan dua kali mendekati harga $1000. Apabila kerajaan mengumumkan mini bajet pada tahun 2009, ramai berpusu-pusu membeli emas. Mereka percaya emas boleh membantu mereka apabila harga-harga barang melambung naik kerana emas secara umumnya stabil harga dan hampir pasti meningkat.
Tapi itu hanyalah salah satu sebab kenapa harga emas meningkat. Harga emas meningkat mendadak adalah atas sebab-sebab lain.
Dengan China mengawal 97% daripada pasaran besi bumi (rare earth metals), permintaan akan melepasi penawaran tidak lama lagi. Syarikat perlombongan berlumba-lumba membuka lombong besi bumi.
- Early to Rise Investor's Edition…
7 sebab mengapa emas akan terus meningkat dimasa depan…
Sebab Emas #1: Pengeluaran Emas
Tahunan Berkurang
Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumber semakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali  - menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.

Seperti yang anda lihat di atas, kemuncak pengeluaran emas berlaku pada tahun 2001, dan kemudiannya menurun sedikit demi sedikit...
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku... harga emas akan panik dan naik mendadak!
Sebab Emas #2: Emas Makin Susah Dicari!
Semakin sedikit penemuan emas dibuat setiap tahun. Dan penemuan yang dibuat biasanya di kawasan pendalaman dan dengan keadaan geopolitik yang kurang menarik. Memikirkan risiko untuk membuka apa-apa lombong emas adalah besar, syarikat perlombongan kurang berminat untuk melombong di kawasan yang merbahaya dari segi geografi dan politik.
Penting: Kos untuk mencari emas ialah $243 setiap oz... ini menyebabkan syarikat-syarikat perlombongan terpaksa fikir 6 kali kalau mereka mahu mencari emas. Jika mereka gagal mencari gali emas, duit tersebut akan hilang begitu sahaja tanpa mereka mendapat apa-apa!
Apabila emas makin susah dicari... emas yang ada sekarang semakin bernilai... dan sesiapa yang memegangnya sekarang... boleh mendapat untung yang amat besar selepas ini...
Sebab Emas #3: Permintaan
Pelaburan Untuk Emas
Institusi pelaburan besar, seperti dana pencen (seperti KWSP) dan lain-lain membuat peruntukan  yang besar untuk emas dan saham emas. Pelabur persendirian juga membeli emas, dengan beberapa dana memegang melebihi 1,000 tan emas. Dana-dana ini membantu pemilikan emas kepada orang ramai.
Pada 6 bulan pertama 2009, permintaan pelaburan untuk emas meningkat sebanyak 150% berbanding 6 bulan pertama 2008, menurut World Gold Council.
Dalam ayat World Gold Council sendiri...
Global gold consumption for 2010 will be higher than 2009 as a result of increasing levels of demand in India and China, and sustained global demand for gold investment, together with growth in jewellery and industrial demand.
Dengan kegagalan wang kertas untuk mengatasi masalah ekonomi, dunia pelaburan mula membuka mata dan melihat emas sebagai alternatif terbaik. Mereka mahukan emas --- dan mahukannya cepat!
Apabila lebih banyak negara semakin baik keadaan ekonominya... semakin banyak negara ingin melabur ke dalam emas!
Sebab Emas #4: Bank Pusat
Sibuk Membeli Emas!
Central Bank Gold Agreement yang ditandatangani pada tahun 2001 baru sahaja diperbaharui untuk 5 tahun lagi, mengehadkan jumlah emas yang boleh dibeli oleh bank pusat Eropah - termasuk IMF - sebanyak 400 tan sahaja.
Ini bermakna walaupun kerajaan mahu menjual emas mereka, mereka tidak boleh! Ini menyebabkan penawaran emas semakin sedikit dalam pasaran.
Amerika Syarikat, pemegang emas terbesar dunia, pun sedang memegang emas mereka.
Beberapa kerajaan melakukan tindakan lebih drastik: contohnya, menteri kewangan Venezuala sekarang memerlukan 70% daripada emas yang dihasilkan dijual dalam negeri sahaja. Pada masa yang sama, Rusia, Ecuador, Mexico, dan Filipina sibuk membeli emas (mereka tidak mahu perkara buruk seperti krisis kewangan Asia 1998 berlaku kepada mereka!).
Dan China baru sahaja meningkatkan simpanan emasnya sebanyak 76%.
Ini mungkin signal terbaik untuk membeli emas sekarang juga...
Sebab Emas #5: Gesaan Untuk Mata
Wang Berasaskan Emas
Pelabur di seluruh dunia mula hilang kepercayaan kepada kerajaan mereka kerana kegagalan dalam menguruskan krisis ekonomi dan kewangan dan menyeru penggunaan mata wang berasaskan emas - macam U.S dollar ada sebelum tahun 1970.
Zimbabwe pun, setahun lalu mengalami hyperinflasi sebanyak 231 juta peratus setahun, juga sedang menimbangkan untuk memperkenalkan Zimbabwe dollar, tapi kali ini dilindungi aset, termasuk emas. Untuk menjadikan objektif mereka kenyataan, negara tersebut perlu membeli emas cukup banyk untuk menyokong mata wang mereka --- meletakkan tekanan yang ekstrim kepada penawaran emas.
Malaysia yang sedang sibuk mahu menggunakan dinar emas sebagai mata wang alternatif. Dinar emas mampu mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Ini membolehkan masalah seperti krisis kewangan Asia 1997 untuk tidak berlaku lagi.
Dengan kata lain - emas bakal menjadi "wang baru" untuk kebanyakan negara --- terutama sekali negara-negara Islam.
Sebab Emas #6:Permintaan Emas Hangat Di
Asia
Dengan 2.5 bilion orang di Asia, apa yang Asia buat akan memberi kesan kepada dunia. Termasuk pelaburan. Dari dahulu, orang Asia gemar mengumpul emas sebagai cara mengumpul harta. Ianya juga salah satu sebab mengapa harga emas meningkat. India sendiri merupakan konsumer emas terbesar dunia. Manakala sejak 50 tahun lepas, sehingga 2009, kerajaan China telah mengharamkan rakyatnya daripada memiliki emas.
Tapi sekarang... China sedang menggalakkan rakyatnya membeli perak...secara automatik menarik perhatian rakyat mereka kepada emas. Sekarang, pelabur China mempunyai akses kepada akaun dengan aset emas. Kesannya, permintaan emas di Tanah Besar China dijangka meningkat tiga kali ganda dalam masa beberapa tahun lagi.
Apakah kesan permintaan meningkat tiga kali ganda kepada harga emas?
Harga emas akan meningkat lagi.
Sebab Emas #7: Emas Di Dalam Secular Bull Market
Harga emas sentiasa meningkat sejak tahun 2001. Ini merupakan signal bahawa kita berada dalam secular bull market untuk emas. Keadaan ini biasanya berlanjutan selama 17 tahun dan ianya akan diakhiri dengan mania stage di mana pelabur akan membuang konsep permintaan dan penawaran dan membeli emas gila-gila. Saya dan rakan-rakan saya telah melihat corak yang sama berulang dalam beratus tahun sejarah pelaburan apabila kita melihat harga mendadak naik dalam harga emas.
Pasaran emas amat kecil berbanding pasaran wang, bon dan pasaran stok, jadi apabila pelabur mula mengumpul emas, anda akan harga memecut ke atas, membuatkan teknologi "bubble" (pada tahun 1998-2000) dan housing "bubble" (2007-2010) nampak kecil berbanding "bubble" emas yang akan berlaku.
Jadi jika harga emas masih lagi belum meningkat mendadak, apa yang anda boleh buat ialah mendapatkan emas sebanyak mana yang anda boleh sekarang kerana harga selalunya akan meningkat setiap minggu. Pada tahun lepas, 2010, harga emas telah meningkat 20.9%. Manakala ASB hanya meningkat 7.5% sahaja. Ini menunjukkan emas memberi pulangan sekurang-kurangnya 4 kali ganda berbanding Amanah Saham Berhad.
Bilakah Keadaan Ekonomi Akan Kembali Buruk? Satu Jawapan: Tiada Siapa Tahu.
Apabila anda bertanya kepada 10 pakar ekonomi. Anda mendapat 10 jawapan berbeza. Mereka akan berbalah, mengeluarkan teori pelbagai tentang keadaan ekonomi. Tapi ada satu perkara yang pasti: tiada siapa tahu bila keadaan ekonomi akan buruk.
Duit Malaysia yang dikatakan kukuh mungkin diserang penyangak mata wang dan menyebabkannya jatuh kembali... walaupun ianya menggunakan "managed float" (dikenali sebagai dirty float sebagai pelabur). Ianya mungkin menyebabkan ramai orang berhenti melabur di Malaysia dan ekonomi semakin buruk.
Apabila ekonomi menjadi buruk, nilai wang makin rendah dan harga barang makin tinggi, anda boleh menjual emas yang telah anda pegang sebagai sumber kewangan apabila sumber kewangan anda sekarang tidak memberi kuasa membeli sebanyak yang anda perlukan.
Harga makanan di Kelantan sebagai contoh, ada yang sudah naik. Ada yang menyatakan ketiadaan barang sebagai alasan menaikkan harga. Dan ianya mungkin akan menjadi lebih buruk.
Sejarah Membuktikan Berkali-kali Bahawa Emas Pelaburan Terbaik...
Contohnya pada awal tahun 1988, harga emas pada 1 Januari adalah lebih kurang 480 dollar US. Tapi pada 1999, harga emas pada akhir tahun hanyalah lebih kurang 288 dollar US. Tapi kalau kita pergi kepada awal 2011, harga emas sudah mencecah 1375.90 untuk satu oz.

Harga emas pada 1 Januari hanyalah 480 dollar/oz. Jatuh kepada 425 dollar/oz pada 1 Disember.

Harga emas sehingga 1414.60 dollar/oz. Peningkatan 3 kali ganda berbanding harga 1988.
Emas akan turun dan naik tetapi ianya akan sentiasa bernilai untuk kegunaan manusia...
Ya... tiada pasaran yang bergerak dengan garis lurus. Tapi siapa yang fikir harga emas takkan melonjak lagi perlu minum kopi dahulu. Walaupun emas meningkat sebanyak 20.9% tahun lepas - itu hanyalah kecil berbanding peningkatan yang akan berlaku selepas ini. Dan ianya mungkin berlalu cepat sehingga semua yang ingat emas akan jatuh merudum - tertinggal di belakang (dan anda tersenyum hingga ke bank!).
2011 ialah masa terbaik untuk membeli emas. Percaya atau tidak, lebih banyak orang melepaskan emas sekarang, lebih baik anda beli sekarang kerana mereka ingat masa menyimpan emas sudah berakhir.
Tapi, seperti yang anda tahu... itu bukan masalahnya!


Beli Emas Sekarang, Sebelum Harga Terlalu Mahal Untuk Anda Dapatkannya...
Apabila saya melihat ramai orang mula menjual emas yang telah mereka beli, saya berasa gembira. Ini menunjukkan ramai orang ingat harga emas akan turun dan menjual emas yang mereka ada. Mereka tidak mengetahui 7 perkara yang telah saya sebutkan sebelum ini kepada anda.
Lebih ramai orang menjual, lebih rendahlah harganya... walaupun keperluan emas semakin meningkat setiap hari. Mereka tidak tahu apa yang anda tahu mengenai emas.
Jika anda membeli sekarang, anda akan melihat harga akan naik dan turun. Anda tidak perlu takut dengan peningkatan dan penurunan tersebut. Anda hanya perlu beli emas sedikit demi sedikit, semampu yang anda boleh. Jika anda perlukan wang kertas, anda boleh sahaja mengadai emas tersebut ketika harga rendah atau menjual emas tersebut ketika harga tinggi, semua bank dan kedai emas akan menerima emas anda tanpa banyak soal !! memang hebat produk bernama EMAS ni !! Simpan dapat untung, jual pun dapat untung !!
Dengan ini, anda boleh melindungi aset anda daripada semua benda yang menyebabkan wang ringgit jatuh. Seperti yang saya katakan, emas ialah anti-inflasi jadi nilai emas tidak akan turun.

Perhatikan CARTA HARGA EMAS DUNIA di atas,harganya sentiasa naik dan terus naik, Beli sekarang sebelum harganya terus mahal..dan semakin mahal..PERCAYALAH, HARGA EMAS HARI INI LEBIH MURAH DARI HARGA EMAS TAHUN DEPAN..
Ingat: selamatkan harta anda daripada krisis-krisis ekonomi yang akan berlaku... kerana tidak ada sesiapa tahu bila ianya akan datang...
Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) [untuk digunakan]
Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.


Manfaat Anda Dapat Jika Beli Emas Fizikal

Petikan daripada: Mohamad Rosaidi   Tarikh: Januari 22, 2012